Halaman

Khamis, 14 Februari 2013

Soal Jawab Tentang Animasi Kegemaran Anda!



 Nak tanyalah sikit,boleh? Animasi yang manakah yang Ikin suka dan tak nak terlepas peluang untuk tinggalkan tontonan episod animasi itu?
 Mestilah Boboiboy! Cerita selain daripada Boboiboy tak best langsung! Yup,episod cerita Boboiboy memang tak boleh ditinggalkan dan dilupakan. Kalau terlepas tonton. Tengok kat Youtube. :3

 Sejak bila Ikin suka animasi tersebut?
 Dah lama dah..dari tahun lepas lagi. Dari promo episod 1 musim 1 lagi.

 Kenapa minat sangat animasi tu? Karakter mana yang Ikin suka?
 Sebab bestlah Ikin suka..Animasi ni ada pengajaran yang tersendiri dan aksi lawan. Watak-wataknya sangat comel dan suara masih tak matang. Ikin paling suka karakter Boboiboy dan Boboiboy Petir/Halilintar (masa Musim 1).

 Aksi lawan mana paling gempak (Musim 1)?
Aksi Boboiboy Gerakan Combo berlawan dengan robot Mukalakus dan aksi lawan Boboiboy Kuasa Tiga dengan Raksasa Tidur (kalah masa main dam haji)

 Scene mana yang paling Ikin suka dan sukar dilupakan (Musim 1)?
 Scene yang mana eh...?? Hmm..ha! Scene masa Boboiboy dan Gopal jadi watak game dalam Game Papazola 5.

 Scene sedih, best, gempak, hebat, spontan, gembira dan kelakar (Musim 1).
 Sedih  Waktu Papazola ucap selamat tinggal pada Gopal (waktu tu juga Boboiboy menangis). Hee...terharunya bila tengok Boboiboy mengalirkan air mata.
 Best  Waktu Boboiboy Kuasa Dua (Tanah dan Angin) lawan dengan Ada Da (Boboiboy Petir/Halilintar)
 Gempak  Berkaitan aksi lawan je..
 Hebat  Masa Boboiboy Tanah cuba cari kuasa terkuat/baru
 Gembira  Yaya buat muka dan mata comel (pujuk Boboiboy buat biskut sama-sama):D
 Spontan  Dialog Bago Go
 Kelakar  Cara Boboiboy Angin gelak (masa termakan biskut Yaya) dan Ayah Gopal, Papazola dan kucing pengsan makan biskut Yaya

 Ikin kalau suka animasi Boboiboy, adakah Ikin berperangai kanak-kanak,ke?
 Memadai je cakap,ye? Orang tua pun tengok..Ikin kan berjiwa cekal dan sukakan kanak-kanak. Apa salahnya Ikin tergila-gilakan animasi top Malaysia! Semua karakter makin comel dan amazing..osemness..(ayat Bago Go).

 Ok, kalau saya bagi Ikin baucar RM 400 di PWTC. Lokasi mana Ikin akan serbu dulu?
 Lokasi Booth Boboiboy. Nak belanja barangan Boboiboy,RM 100-RM 280 dan selebihnya di Booth Ana Muslim.

 Kalau Ikin betul-betul gilakan animasi Boboiboy. Boleh buktikan apa yang Ikin dapat daripada animasi ini?
 Ikin boleh hafal dialog daripada mula rancangan sampai habis, itupun kalau Ikin fokus-dengar sambil tonton. Ikin boleh ikut retak nyanyian lagu Bersedia, Boboiboy,Superhero Kita dan semualah. Sampai boleh hafal semua nama pelakon suara lagi. Semua maklumat berkaitan Boboiboy memang dah ada dalam otak siap-siap. Cakap je maklumat apa kecuali ada maklumat terbaru atau tersembunyi.

 Okay, kita dah masuk topik Musim 2 pula.. Apa terjadi pada Boboiboy Musim 2 ini? Boleh terangkan lebih lanjut, tak?
 Atas permintaan ramai, Animonsta terbitkan Boboiboy Musim 2 pula. Yang ni ada watak baru, namanya Fang. Nak kata dia ni orang cina..cara percakapan dan rupa tak macam orang cina lebih mirip kepada melayu. Nak kata Melayu pula...tak juga. Sebab nama dia Fang.. Fang bukan nama Islam. Pelik,kan? Okay..plot ceritanya macam ni..Boboiboy dah kembali ke Pulau Rintis untuk menolong atuknya, Tok Aba menjaga kedainya. Pada masa yang sama, Boboiboy telah didaftarakan ke sekolah SR Pulau Rintis. Kehadiran Boboiboy telah menjadi bualan rakan sekelasnya. Fang cemburu dengan diri Boboiboy kerana Boboiboy adalah lebih hebat darinya. Sinopsis selanjutnya, lihat di sini.

 Beritahu apa warna yang memainkan peranan bagi setiap karakter animasi Boboiboy? Kalau Musim 1, minat karakter Boboiboy dan Boboiboy Petir/Halilintar..Kali ini siapa? Beritahu kenapa?
 Ikin akan senaraikan dengan jelas dan nyata, ye?
Boboiboy-, Fang-, Yaya-, Ying-  dan , Gopal- dan ,
Ochobot-, Adudu-, Probe-, Papazola- dan , Tok Aba- 
 Faham? Okay..Ikin still minat karakter Boboiboy dan Boboiboy Petir/ Halilintar.. Kali ini, Ikin minat lagi dua karakter iaitu Fang dan Yaya. Sebab apa? Fang dan Yaya adalah warna karakter kegemaran Ikin! >3< Fang, muka dia cute!!! Nak kata hensem..emm..tak sama taraf..sebab terlalu keremajaan..dia selalu buat muka cute, tau! Yaya pula.. bukan sebab biskut dia, eh..tapi sebab dia comel dan peramah! Dia rapat dengan Ying! Segarang-garang dia pun..tapi dia tak pemarah pun. Cuma muka dia je yang garang (itupun kat sekolah je dan sesiapa yang berani kutuk biskut Yaya tak sedap).

 Hmm..Ikin ni macam ada kaitan je dengan karakter-karakter animasi Boboiboy ni..?
 Memang pun! Fang tu kembar dunia fantasi Ikin! Tarikh lahir Fang (13 April) sama dengan Ikin (13 April)! Jangan jealous~ Hahah! Gurau je..

SOALAN SETERUSNYA...coming soon!